Sunday 2 September 2012

Hinanya guru pada pandangan gadis itu...

Bersama rakan-rakan guru. Salah satu aktiviti guru selain dari mengajar.
Assalamualaikum...saya terpanggil untuk membuat luahan hati selepas membaca kenyataan seorang engineer dalam menghakimi tugas seorang guru. Untuk pengetahuan saudari, kerjaya guru bukanlah pilihan terakhir untuk mereka yang tidak bekerja. Semasa saya di maktab, kebanyakannya adalah bekas2 engineer,lawyer, dan akauntan. Inilah salah satu tujuan asal KPLI diwujudkan. Untuk menarik minat golongan profesional ke bidang perguruan...Tangga gaji membuktikannya...Saya sendiri hanya satu tapak sahaja lagi untuk bergelar akauntan selepas 6 tahun bekerja sebagai Eksekutif Akaun. Tetapi entah mengapa pada masa itu kerjaya guru lebih memikat hati saya. Mungkin berkat doa arwah ayah yang menginginkan saya menjadi seorang guru. Berbalik pada artikel saudari...

Selepas membaca artikel tersebut,saya faham maksud tulisannya...HINANYA KERJAYA SEORANG GURU PADA PANDANGAN MATA DIA..Mungkin dia terlupa...mereka yang dihina inilah yang telah mencurah ilmu kepadanya sehingga bergelar engineer..(termasuk cikgu yang mintak tolong dia isikan markah tu yang masih lagi diungkit hingga bergelar engineer).Mungkin juga dia terlupa bahawa....

Guru yang mengajarnya solat
Guru yang mengajarnya mengaji
Guru yang mengajarnya membaca
Guru yang mengajarnya mengira
Guru yang mengajarnya menyanyi
Guru yang mengajarnya memasak
Guru yang mengajarnya ke tandas

Bersabarlah rakan guru sekalian...rezeki kita telah ditentukan oleh Allah untuk menjadi seorang pendidik..Teruskan perjuangan...tahniah pada blogger Cheguaabas dan Izzul's blog yang telah menjawap isu ini dengan sepatutnya..

Permohonan maaf anda saya terima kerana guru saya dulu mengajar saya untuk saling memaafkan antara satu sama lain. Tahniah juga buat anda kerana masih mengingati ajaran guru anda:Meminta maaf setelah menyedari kesilapan yang kita lakukan. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dari Allah S.W.T...InsyaAllah...


Monday 9 January 2012

Language Art - KSSR Year 2 -bookmark

Assalamualaikum..
Tahun ni saya diberi tanggungjawab untuk mengajar Bahasa Inggeris KSSR Tahun 2.1 kelas perdana dan satulagi kelas mix ability-meaning ada yang linus, linus tegar dan sederhana.he..he..perbezaan antara dua kelas ni sangatlah ketara...Tapi saya ambik ini sebagai cabaran. Kat bawah ni merupakan hasil kerja murid saya.Tugasan mereka mudah sahaja.Salin nursery rhyme dari whiteboard dan hias cantik-cantik.Saya berpuas hati dengan hasil tangan mereka.

Ini antara yang excellent....

Yang ni kira oklah....

Ini murid sederhana..

Ini murid linus...ada sorang linus tegar...

Ini pon saya kira excellent jugak...
Sampai sini dulu...insyaAllah...saya akan upload lagi kerja-kerja anak murid tersayang ni...

Sunday 8 January 2012

Dugaan ku.....

Assalamulaikum.....
Sesi persekolahan 2012 telah pon bermula...Ini bermakna hubungan 'hujung minggu' saya dan suami pon bermula...Setelah sebulan lebih bersama,akhirnya sampai jugak masa berpisah.Walaupun sementara tapi kesannya memang memeritkan...

Saya berada dia Bera.Suami berada di Cherating.Jarak perjalanan 3 jam.Kami berjumpa setiap hujung minggu.Saya memujuk hati dengan cara bersyukur kerana masih lagi boleh berjumpa setiap minggu.Ada lagi rakan-rakan yang bernasib lebih malang dari saya dan suami.

Alhamdulillah....ada rakan yang senasib dengan saya di sekolah ini.Setiap minggu saya akan menumpang Hasliza atau Erda untuk balik ke Kuantan.Kadangkala suami akan datang ke sini.Tapi saya lebih suka berada di Cherating kerana di situlah terletaknya mahligai saya dan suami.Penat lelah kami bekerja telah disalurkan ke mahligai ini.Saya merasa tenang disini.

Setiap kali tiba waktu berpisah hati saya merasa sangat sayu...Sayu untuk meninggalkan dia...Kalau ikutkan hati saya tidak mahu pulang ke Bera.Tapi pujukannya melembutkan hati saya...Terima kasih sayangku...InsyaAllah....akan tiba masanya untuk kita hidup bersama...

Saya sayangkan abang.....

Saturday 31 December 2011

Bayaran tambahan.....bukannya yuran....

Hari ni hari ambik buku teks, beli buku tulis dan bayaran-bayaran untuk apa yang patut...Belanjawan baru-baru ni mmg ada diumumkan yang yuran persekolahan percuma....tapi itu yuran yang wajib...totalnya RM42.50...Kalau ikutkan tahun2 yang terdahulu, selain daripada yuran yang ni, ada lagi tambahannya...PIBG, Kecemerlangan, baju sukan, sukan, kertas-kertas ujian, kertas-kertas latiham...etc..etc...campur tolak RM100++ jugak tu.

Mula tahun ni kuranglah sikit bayaran-bayaran ni setelah ditolak yuran yang wajib tu...So tadi bayaran tambahan tu adalah dlm RM77.50....Kebetulan apa tah hari ni menteri hal ehwal pengguna Ismail Sabri turun skolah...skolah ni dalam parlimen dia..Parents pon dengan tanpa berlengah lagi terus mengomplen kat YB ni...

Bila YB ni tengok senarai bayaran tambahan tu memang sepatutnyalah di bayar..Tambahan pulak senarai tu telah dipersetujui oleh PIBG...Alhamdulillah...tak ada kekecohan berlaku...semua dapat menerima penjelasan tersebut...

Bayaran tambahan ni bukan nak menyusahkan ibu bapa..tapi untuk melancarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid..anak-anak mereka jugak.....

Sunday 25 December 2011

My Top 10 Reading Pleasure.....Part 2

Sambung dari yang hari tu...Internet connection yg kurang memuaskan...lewat sikit sambungannya...here goes...

Number 5

Dari buku ni baru tahu yang seksanya nak mencari berlian..menyabung nyawa orang nk dapatkan berlian ni.Kisah seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan empayar perniagaan keluarga tak terlepas ke tangan orang lain.Apa saha termasuklah mengatur hidup anak sendiri..sampai gila anak tu dibuatnya...

Number 4
Kisah 3 orang doktor perempuan yang datang dari berlainan latar belakang end up living together.At the end sorang mati kna bunuh, sorang hampir2 membunuh pesakit sendiri (dia tak layak jadi doktor tapi gunakan tarikan seksual untuk lulus), yang sorang lagi kna tangkap sbb buat "mercy killing".Best!

Number 3
Kematian Sam Roffee menjadi misteri. Dia tegas untuk tidak menjual saham2 syarikat yang bernilai berbilion-billion ringgit.Saham2 tersebut hanya blh dipegang oleh ahli keluarga sahaja. Kesemua pemegang saham tersebut masing-masing ada mslh kewangan yang meruncing.Salah seorang dari mereka-mereka inilah yang merancang pembunuhan Sam Roffee sbb nk jual saham sendiri pada org awam.Mmg bedebor jgklh baca...pastu kita teka sapa perancangnya...Tekaan ku tepat!he...he...

Number 2
11 orang pelancong yang tidak ada kena mengena antara satu sama lain telah menjadi saksi kepada kemalangan kapal alien.Komander Robert Bellamy ditugaskan untuk mencari 11 orang ni tanpa ada apa2 klu.Tapi apa yg dia diberitahu mereka2 ni saksi pada kajian belon cuaca.Lepas jupe,report kt pihak atasan,org2 ni kena bunuh...sampailh ke saksi yang ke 11 baru komander ni tau yg saksi2 tu sume dh mati sbb dia....

NUMBER 1
Inilah buku Sidney Sheldon yang pertama saya beli.Cerita pasal Multiple Personality Disorder..Pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang sama tapi personaliti yang berbeza.....Kena tangkap pastu dibebaskan atas kebijaksanaan peguam dia..Tapi kna treatmentlh lps tu...dari situ baru tahu yang sebenarnya dia ni mangsa rogol ayah dia.Personality-personality ni wujud akibat daripada trauma masa kecik dia.Akhirnya semua personality ni dapat disatukan..Bila keluar dr pusat rawatan tu tempat pertama yang dia tuju rumah ayah dia yang dh kawin lain ada anak pompuan sorang...nk bunuh ayah dia...pastu habis.....

Monday 19 December 2011

My Top Ten Reading Pleasure..part 1

I like reading very much.Masa skolah2 dulu selalu tengok ada kawan yang banyak buku cerita.Tapi dia bagi pinjam kat member-member yang rapat dengan dia je...Nak beli sendiri duit cukup2 je mak bagi belanja.Teringin sangat-sangat nak baca.And then one fine day I was introduced to Novel Hut..Kedai buku 2nd hand kat Ipoh..Heaven!!!!!Bukunya murah2...walaupon dh berhand2-hand dah buku tu..tapi bestlh..MURAH!English storybooks sangatlah mahalnya...English lemah...nk improve paksalh diri ini membaca buku BI...so Novel Hut nilah tempat yang paling sesuai to buy a good reading material..Ok..back to the main point...MY TOP TEN READING PLEASURE...

Number 10

My first English storybooks.Baca buku ni sebab ada cite dia kt TV dulu.Alah...yang mak dia kurung anak-anak dia sendiri sebabkan takut tk dapat harta ayah dia.Sedih cite ni....

Number 9
Cite pasal dendam seorang perempuan pada lelaki yang berjanji nk kawin dengan dia..tp masa hr kejadian tk dtg..ropa2nya dh kawin dgn org lain...At the end dia berjaya memutuskan perkahwinan tu siap pakat bunuh isteri lelaki tu lagi.Last2nya dia pulak yang kena perangkap dgn Sugar dadynya yg sgt berpengarauh...Constatine Demeris...Mati kena tembak penyudahnya....

Number 8

r 
Seorang hakim gay yang sanggup menganiaya adik-beradik yang lain demi kekasih hatinya.Dia ingtkna harta ayahnye melambak-lambak...tp benonye hutang yang melambak-lambak...

Number 7
Kisah cinta 3 segi antara seorang presiden, seorang mafia dengan seorang lawyer perempuan...bila anak perempuan tu kna culik,Yg presiden guna saluran yang betul, yg mafia tu guna cara mafia dia...at the end yg mafia tu berjaya dpt anak tu balik...

Number 6
Kisah mengenai 4 rahib perempuan yang datang dari pelbagai latarbelakang.Dari buku ni tahulah mcm mana kehidupan seorang rahib.Mcm-mcm konflik berlaku bila convent mereka diserang.semasa dalam pelarian tu, dari 4 org rahib ni sorang je yg kekal jd rahib.yg lain tu, sorang mati dlm keadaan sesat tk pecaya pd tuhan dia, sorang jupe keluarga yg tepisah, sorang kawin.


Ok stop dulu kt sini...nanti sambung yang lima lagi...



Tuesday 13 December 2011

Si Kecik Perahu Layar

Assalamualaikum...minggu lepas saya berpeluang mengikuti kursus Kem Bakat Perahu Layar.Detail pasal kursus ni boleh baca kt sini dan sini.Peserta kursus ni sepatutnya murid-murid yang lansung tak pernah main perahu layar.basic zero.Tapi maybe sebab cuti sekolah payah nak dapat budak,ada negeri yang hantar budak yg dh expert.

Peserta kem terbahagai kepada dua.Yang cilik-cilik,kecik-kecik masuk Optimist.Yang badan beso2 tu masuk laser.Peserta termuda dari Penang, darjah satu.Sukan ni memang memerlukan badan yang cergas dan otak yang cerdas.Saya memang kagum dengan budak-budak ni.Dalam ramai-ramai tu saya tertarik dengan seorang peserta dari Selangor-Yayang.


Yang topi merah tu rasa-rasanya Yayang


Kecik comel je budak ni.Baru darjah 3.Bukak skolah ni darjah 4 lah dia.Dia ni tak sepatutnya pegi.tapi sebab minat dia yang mendalam dalam sukan ni menangih-nangih nk ngikut.Cikgu dia tak sampai hati....So bawak jelah...Tengok cara dia dia memasang layar tu fuh!memang cekap betul.Tarik bot yang 5-6 kali ganda dari dia rilek je. 
Last day kursus tu pihak penganjur ada buat race untuk bdk2 yang dh cekap ni.Si Yayang ni bgtau dia dpt no 4.Kira oklah tu..Oklah..semoga Yayang berjaya dalam bidang sukan perahu layar.Tengokkan kesungguhan dia insyaAllah...boleh pegi jauh.Cikgu doakan Yayang berjaya..Jumpa di MSSM taun depan ye Yayang..

Template by:

Free Blog Templates