Sunday, 2 September 2012

Hinanya guru pada pandangan gadis itu...

Bersama rakan-rakan guru. Salah satu aktiviti guru selain dari mengajar.
Assalamualaikum...saya terpanggil untuk membuat luahan hati selepas membaca kenyataan seorang engineer dalam menghakimi tugas seorang guru. Untuk pengetahuan saudari, kerjaya guru bukanlah pilihan terakhir untuk mereka yang tidak bekerja. Semasa saya di maktab, kebanyakannya adalah bekas2 engineer,lawyer, dan akauntan. Inilah salah satu tujuan asal KPLI diwujudkan. Untuk menarik minat golongan profesional ke bidang perguruan...Tangga gaji membuktikannya...Saya sendiri hanya satu tapak sahaja lagi untuk bergelar akauntan selepas 6 tahun bekerja sebagai Eksekutif Akaun. Tetapi entah mengapa pada masa itu kerjaya guru lebih memikat hati saya. Mungkin berkat doa arwah ayah yang menginginkan saya menjadi seorang guru. Berbalik pada artikel saudari...

Selepas membaca artikel tersebut,saya faham maksud tulisannya...HINANYA KERJAYA SEORANG GURU PADA PANDANGAN MATA DIA..Mungkin dia terlupa...mereka yang dihina inilah yang telah mencurah ilmu kepadanya sehingga bergelar engineer..(termasuk cikgu yang mintak tolong dia isikan markah tu yang masih lagi diungkit hingga bergelar engineer).Mungkin juga dia terlupa bahawa....

Guru yang mengajarnya solat
Guru yang mengajarnya mengaji
Guru yang mengajarnya membaca
Guru yang mengajarnya mengira
Guru yang mengajarnya menyanyi
Guru yang mengajarnya memasak
Guru yang mengajarnya ke tandas

Bersabarlah rakan guru sekalian...rezeki kita telah ditentukan oleh Allah untuk menjadi seorang pendidik..Teruskan perjuangan...tahniah pada blogger Cheguaabas dan Izzul's blog yang telah menjawap isu ini dengan sepatutnya..

Permohonan maaf anda saya terima kerana guru saya dulu mengajar saya untuk saling memaafkan antara satu sama lain. Tahniah juga buat anda kerana masih mengingati ajaran guru anda:Meminta maaf setelah menyedari kesilapan yang kita lakukan. Semoga kita sama-sama mendapat petunjuk dari Allah S.W.T...InsyaAllah...


Template by:

Free Blog Templates