Monday 9 January 2012

Language Art - KSSR Year 2 -bookmark

Assalamualaikum..
Tahun ni saya diberi tanggungjawab untuk mengajar Bahasa Inggeris KSSR Tahun 2.1 kelas perdana dan satulagi kelas mix ability-meaning ada yang linus, linus tegar dan sederhana.he..he..perbezaan antara dua kelas ni sangatlah ketara...Tapi saya ambik ini sebagai cabaran. Kat bawah ni merupakan hasil kerja murid saya.Tugasan mereka mudah sahaja.Salin nursery rhyme dari whiteboard dan hias cantik-cantik.Saya berpuas hati dengan hasil tangan mereka.

Ini antara yang excellent....

Yang ni kira oklah....

Ini murid sederhana..

Ini murid linus...ada sorang linus tegar...

Ini pon saya kira excellent jugak...
Sampai sini dulu...insyaAllah...saya akan upload lagi kerja-kerja anak murid tersayang ni...

Sunday 8 January 2012

Dugaan ku.....

Assalamulaikum.....
Sesi persekolahan 2012 telah pon bermula...Ini bermakna hubungan 'hujung minggu' saya dan suami pon bermula...Setelah sebulan lebih bersama,akhirnya sampai jugak masa berpisah.Walaupun sementara tapi kesannya memang memeritkan...

Saya berada dia Bera.Suami berada di Cherating.Jarak perjalanan 3 jam.Kami berjumpa setiap hujung minggu.Saya memujuk hati dengan cara bersyukur kerana masih lagi boleh berjumpa setiap minggu.Ada lagi rakan-rakan yang bernasib lebih malang dari saya dan suami.

Alhamdulillah....ada rakan yang senasib dengan saya di sekolah ini.Setiap minggu saya akan menumpang Hasliza atau Erda untuk balik ke Kuantan.Kadangkala suami akan datang ke sini.Tapi saya lebih suka berada di Cherating kerana di situlah terletaknya mahligai saya dan suami.Penat lelah kami bekerja telah disalurkan ke mahligai ini.Saya merasa tenang disini.

Setiap kali tiba waktu berpisah hati saya merasa sangat sayu...Sayu untuk meninggalkan dia...Kalau ikutkan hati saya tidak mahu pulang ke Bera.Tapi pujukannya melembutkan hati saya...Terima kasih sayangku...InsyaAllah....akan tiba masanya untuk kita hidup bersama...

Saya sayangkan abang.....

Template by:

Free Blog Templates